Sunday 11 January 2015

TIPS..TIPS..TIPS DAN TIPS BELI RUMAH DAN MELABUR DALAM HARTANAH

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pengikut blog saya. Moga pagi ini anda berada dalam kondisi paling gembira. Hari ni saya nak kongsi ilmu baru tentang pelaburan hartanah.
Korang mesti familiar dengan panggilan abang ensem kan. Seorang pelabur hartanah dan blogger yang berjaya. Bagi siapa yang masih blur dan masih tertanya-tanya siapakan gerangan abang ensem. Jom p visit blog beliau yang sangat informatif tu. Klikjer ni www.abangensem.com
Ilmu yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah hasil dari menuntut dengan abangensem (selepas ini ditulis AE). Alhamdulillah syukur rasanya tak rugi saya dan suami memperuntukkan masa kami yang sangat berharga buat keluarga ini untuk belajar tentang pelaburan hartanah. Saya dan suami adalah antara peserta bertuah yang mengikuti kelas hartanah AE siri yang ke 34. Ramai betul yang hadir yang saya anggarkan dalam 50 lebih peserta. Kelas ini bertempat di Tingkat 1&2 Biz Point Shah Alam.
Dalam kelas tersebut AE mendedahkan
1) Bagaimana mengenalpasti below market value
2) Cara-cara mendapatkan modal membeli rumah
3) Tips pelaburan hartanah yang berbaloi dan memberi keuntungan
4) Cara-cara mendapatkan diskaun daripada owner rumah
5) Proses2 memulakan pembelian rumah dengan bijak
6) Kriteria2 menadapatkan pinjaman perumahan
7) Tips2 bagaimana mudah mendaptkan kelulusan pinjaman perumahan
dan banyak lagi ilmu2 hartanah yang memang sangat berharga buat para newbie pelabur hartanah... saya pun tak sempat untuk mencatitkan kesemuanya..
TAPI yang paling seronok beliau telah mendedahkan TEKNIK RAHSIA untuk beli rumah below market. haha yang ini kena berguru dengan AE sendiri sebab saya takut salah ajar pula nanti. So better bertanya terus kepada tuan empunya badan.
Selain itu bagi slot kedua penceramah yang berpengalaman sebagai banker juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pelaburan hartanah. Amat mengagumkan apabila beliau telah pun meninggalkan jawatan sebagai banker kerana yakin dengan pendapatan sabagai pelabur hartanah. Usia beliau kini baru 31 tahun dan telah membeli beberapa buah rumah.
Setakat ini dahulu dan in sha Allah saya akan cuba berkongsi tips2 di atas dalam coretan seterusnya.

No comments:

Post a Comment