Sunday 11 January 2015

Cetusan The Grumpy Cat Kasi Banyak Untung

Semuanya bermula apabila adik kepada pemilik seekor kucing mengambil gambar kucing abangnya, dan meletakkan ia di Reddit. Secara tidak semena-mana, gambar kucing yang wajahnya kelihatan sentiasa masam itu, menjadi viral dan menjadi sebuah meme yang sangat popular. Melihat fenomena itu, pemilik kepada kucing tersebut, Tabatha Bundesen terus mengambil tindakan pantas dengan menghasilkan sebuah website (www.grumpycats.com) untuk kucing tersebut, kemudian mencari agen pemasarannya untuknya dan juga, turut mendaftarkan cap dagangan (Trademark) di US bagi kucing tersebut dengan nama “Grumpy Cat”.
Menerusi website tersebut, pelbagai cenderamata berkaitan “Grumpy Cat” mula dijual, dari t-shirt, bantal hinggalah kepada kalendar. Dikatakan, sebanyak 100,000 helai tshirt grumpy cat telah berjaya dijual. Pada Julai 2013, pemilik kucing tersebut, telah mengambil langkah drastik dengan menghasilkan sebuah buku yang berjudul “Grumpy Cat : A Grumpy Book” . Isi kandungan buku tersebut mengandungi gambar-gambar serta ayat-ayat berunsur “marah” yang lucu. Ianya boleh didapati secara fizikal mahupun digital menerusi website Amazon.
Selepas beberapa siri kejayaan itu, orang ramai mula melihat dan mengiktiraf Grumpy Cat sebagai satu fenomena pemasaran yang serius. Ini menyebabkan Grumpy Cat telah dipilih sebagai cover majalah “Direct Marketing News” pada isu July 2013. Lebih hebat lagi, Grumpy Cat telah melebarkan fenomenanya kepada pelbagai lagi produk, antaranya adalah seperti minuman kopi yang diberi nama Grumpicino dan juga Aplikasi iPhone dan juga iPad.
Terkini, Grumpy Cat telah memenangi anugerah “Best Dreessed” ketika majlis Anugerah Filem MTV. Oh ya! Nama sebenar Grumpy Cat ini adalah Tardar Sauce dan ia sebenarnya adalah seekor kucing yang sangat baik dan pendiam. Menurut pihak New York Magazine, syarikat pengurusan Grumpy Cat kini dianggarkan bernilai $1,000,000.
Sumber : WangCyber.com
Jom tengok gambar kucing bertuah ni..hehe

No comments:

Post a Comment