Tuesday 13 January 2015

Senarai website pelelong hartanah di Malaysia

Berikut ialah senarai website pelelong hartanah di Malaysia :
KIM Realty - auction-http://banklelong.com/index.asp
CIMB PropertyMart - http://www.cimbbank.com.my/propertymart/
Ehsan Auctioneer - http://www.ehsanauctioneers.com/home/index.asp
Eszam Auctioneer - http://eszamauctioneer.com/Index.aspx
Henry Butcher - http://henrybutcher.com.my/
Leong Auctioneer - http://leongauctioneer.com
Midah Auctioneer - http://midah.my
MaSter Auctioneers - http://masterauctionhouse.com/
Ng Chan Mau - http://ngchanmau.com/
Property Auction House - http://auctions.com.my
MBSB - http://www.mbsb.com.my/other_properties.html
Sejahtera Auctioneers - http://auctioneers-sejahtera.com
SWT Management - http://www.swt-auction.com.my
Sri co - http://sricoproperties.com
Tancorp::Property Auction Centre
THILAGAMRAJ - http://jtraj.com
http://nzrproperty.blogspot.com/
sumber : matutie.blogspot.com

Sunday 11 January 2015

TIPS..TIPS..TIPS DAN TIPS BELI RUMAH DAN MELABUR DALAM HARTANAH

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pengikut blog saya. Moga pagi ini anda berada dalam kondisi paling gembira. Hari ni saya nak kongsi ilmu baru tentang pelaburan hartanah.
Korang mesti familiar dengan panggilan abang ensem kan. Seorang pelabur hartanah dan blogger yang berjaya. Bagi siapa yang masih blur dan masih tertanya-tanya siapakan gerangan abang ensem. Jom p visit blog beliau yang sangat informatif tu. Klikjer ni www.abangensem.com
Ilmu yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah hasil dari menuntut dengan abangensem (selepas ini ditulis AE). Alhamdulillah syukur rasanya tak rugi saya dan suami memperuntukkan masa kami yang sangat berharga buat keluarga ini untuk belajar tentang pelaburan hartanah. Saya dan suami adalah antara peserta bertuah yang mengikuti kelas hartanah AE siri yang ke 34. Ramai betul yang hadir yang saya anggarkan dalam 50 lebih peserta. Kelas ini bertempat di Tingkat 1&2 Biz Point Shah Alam.
Dalam kelas tersebut AE mendedahkan
1) Bagaimana mengenalpasti below market value
2) Cara-cara mendapatkan modal membeli rumah
3) Tips pelaburan hartanah yang berbaloi dan memberi keuntungan
4) Cara-cara mendapatkan diskaun daripada owner rumah
5) Proses2 memulakan pembelian rumah dengan bijak
6) Kriteria2 menadapatkan pinjaman perumahan
7) Tips2 bagaimana mudah mendaptkan kelulusan pinjaman perumahan
dan banyak lagi ilmu2 hartanah yang memang sangat berharga buat para newbie pelabur hartanah... saya pun tak sempat untuk mencatitkan kesemuanya..
TAPI yang paling seronok beliau telah mendedahkan TEKNIK RAHSIA untuk beli rumah below market. haha yang ini kena berguru dengan AE sendiri sebab saya takut salah ajar pula nanti. So better bertanya terus kepada tuan empunya badan.
Selain itu bagi slot kedua penceramah yang berpengalaman sebagai banker juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman tentang pelaburan hartanah. Amat mengagumkan apabila beliau telah pun meninggalkan jawatan sebagai banker kerana yakin dengan pendapatan sabagai pelabur hartanah. Usia beliau kini baru 31 tahun dan telah membeli beberapa buah rumah.
Setakat ini dahulu dan in sha Allah saya akan cuba berkongsi tips2 di atas dalam coretan seterusnya.

Cetusan The Grumpy Cat Kasi Banyak Untung

Semuanya bermula apabila adik kepada pemilik seekor kucing mengambil gambar kucing abangnya, dan meletakkan ia di Reddit. Secara tidak semena-mana, gambar kucing yang wajahnya kelihatan sentiasa masam itu, menjadi viral dan menjadi sebuah meme yang sangat popular. Melihat fenomena itu, pemilik kepada kucing tersebut, Tabatha Bundesen terus mengambil tindakan pantas dengan menghasilkan sebuah website (www.grumpycats.com) untuk kucing tersebut, kemudian mencari agen pemasarannya untuknya dan juga, turut mendaftarkan cap dagangan (Trademark) di US bagi kucing tersebut dengan nama “Grumpy Cat”.
Menerusi website tersebut, pelbagai cenderamata berkaitan “Grumpy Cat” mula dijual, dari t-shirt, bantal hinggalah kepada kalendar. Dikatakan, sebanyak 100,000 helai tshirt grumpy cat telah berjaya dijual. Pada Julai 2013, pemilik kucing tersebut, telah mengambil langkah drastik dengan menghasilkan sebuah buku yang berjudul “Grumpy Cat : A Grumpy Book” . Isi kandungan buku tersebut mengandungi gambar-gambar serta ayat-ayat berunsur “marah” yang lucu. Ianya boleh didapati secara fizikal mahupun digital menerusi website Amazon.
Selepas beberapa siri kejayaan itu, orang ramai mula melihat dan mengiktiraf Grumpy Cat sebagai satu fenomena pemasaran yang serius. Ini menyebabkan Grumpy Cat telah dipilih sebagai cover majalah “Direct Marketing News” pada isu July 2013. Lebih hebat lagi, Grumpy Cat telah melebarkan fenomenanya kepada pelbagai lagi produk, antaranya adalah seperti minuman kopi yang diberi nama Grumpicino dan juga Aplikasi iPhone dan juga iPad.
Terkini, Grumpy Cat telah memenangi anugerah “Best Dreessed” ketika majlis Anugerah Filem MTV. Oh ya! Nama sebenar Grumpy Cat ini adalah Tardar Sauce dan ia sebenarnya adalah seekor kucing yang sangat baik dan pendiam. Menurut pihak New York Magazine, syarikat pengurusan Grumpy Cat kini dianggarkan bernilai $1,000,000.
Sumber : WangCyber.com
Jom tengok gambar kucing bertuah ni..hehe

Monday 5 January 2015

Makanan Rohani Untuk Berjaya

assalamualaikum... ape khabar semua? wah agak lama sy tak menulis.. Almaklumla agak kebizian lately ni.. sy br terjumpa ebook yg amat bagus utk makanan rohani sy hehe.. Yelah asik pkr beli jual rumah je rs mcm kusut plak.. jadik sy mesti lapngkn ms utk bc buku ni.. alhamdulillah harganya berpatutan RM 27 je.. Taraaaa.. inilah mkanan rohani sy akhir2 ini.. klik je kalo korang nak cube ye..

Tuesday 30 December 2014

Lunch dengan kawan pelabur hartanah yang berjaya

Assalamualaikum...

Semalam bersamaan 30/12/2014 telah ditakdirkan saya bertemu seseorang
yang menjadi inspirasi saya untuk menceburi bidang hartanah.. Wah hepy
semacam bila cik anne sudi membalas ajakan saya untuk lunch bersama
sambil2 kongsi tips. Sebelum ni cik anne agak kebizian jadi byk kali
jugakla apointmen ditangguhkan..hehe

Cik anne memg seorg yg low profile dan mudah mesra.. jadi mmg seng
nak berkwan dgnnya. Walaupun dah lama dlm arena investment property
cik anne tak sombong untuk berkongsi dgn org biasa2 spt saya..

Byk tips yg diajarkn kepada saya untuk memulakan langkah. Mudah2an
dengan perkongsian ini kita suma dapat manfaatnya..

1) Beli 1 rumah untuk dapat 4 lagi
    Tips ini untuk mereka yang baru berjinak dlm investment property dan
    masih kekurangan modal. Mula beli satu rumah di kawasan yang akan
    mendtgkan profit margin yang tggi dan jual pada harga rumah itu BOOM.
    Then dengan profit jualan cari 4 lagi rumah lain untuk dilaburkan secara
    sewa atau jual (Gabung subsale + undercon). Tips ni mungkin sesuai kpd
    psgn muda yg br kahwin dan kedua-duanya bekerja.

2) Tetapkan objektif pelaburan bg setiap rumah
    Ha tips ni paling aku suka sebab br ku tahu rupa2nya beli rumah untuk
    tujuan sewa atau jual mempengaruhi keseluruhan pelaburan.

    Rumah untuk disewakan - Boleh dibeli walau pegangannye pajakan. Why?
    Sebab kadar sewa bg rumah freehold dan leasehold adalah sama. Jadi kenape
    kita perlu membeli rumah freehold yang rege lbh mahal sedangkan objektf
    kite nak dptkan keuntungn melalui kutipan duit sewa. TAPI... pastikan lokasinya
    HOT AREA yg memg menjd kegemaran penyewa2 cth apartment sblh LRT/MRT,
    rumah berdekatan Universiti/Kolej, apartmnt sblh Sopping Mall dll.
 
    Rumah untuk dijual - Belilah dengan pegangan hak milik kekal/freehold sebab
    boleh dijual dengan keuntungan yg tinggi berbanding pegangan pajakan/leasehold.
    Biasanya rumah freehold memg sgt HOT berbndg leasehold. kalo terjupe rumah
    landed yg hargenye bawah market value belilah.. komfirm UNTUNG..

3) Jangan beli rumah pertama sehingga maksimum kelayakan.
    Cik anne cerita kat saya ramai dikalangan kita beli rumah sampai maksimum
    sehingga stuck da tak boleh nak beli rumah lain. So kalo nak beli lain pun mungkin
    kene tunggu naik pangkat atau cari side income. So bg mereka yg umur 20an mula
    beli flat/apartmn dr sekrg. Dapat untung beli lagi 2/3/4 bijik dan pastikan masa tu
    income korg dah stabil. Tak rugi beli rumah dulu dari beli kereta dulu lepas grad.

4) Beli rumah sekarang
    Sebenarnya kite memang takkan jumpe harga rumah turun... melainkan harga
    kenaikn 5% setiap tahun. So harini sebiji rumah landed berharga 500k mungkin
    kedengarn mahal tapi tahun2 seterusnya sebiji rumah landed tak mungkin 500k
    tapi mencecah jutaan ringgit.. so nak tunggu beli mahal atau beli skrg.. fikirkan..

5) Tambah ilmu2 hartanah
    Rajin2lah membaca ilmu hartanah dan hadir ke kelas/seminar hartanah. Dengan
    usaha gigih kite mencari ilmu mudah2an akhirnya membuahkan hasil yang lumayan..
    amin..


Rasanya setakat ni saja untuk perkongsian kali ini.. Terima kasih kat cik anne yang sudi
lunch dan sharing tips dgn saya. Semoga coretan ini bermanfaat utk semua especialy kat
tuan empunya blog.. in shaa Allah.. amin
 












Monday 29 December 2014

Rumah Kelicapku Rumah Pertama

Assalamualaikum..

Syukur sabtu ahad lepas saya dan suami berjaya mengosongkan rumah sewa kami
di Tampin.. selepas kemas dan bersihkan rumah terasa sayu pula nak tinggalkan
rumah tu. Walaupun barang2 masih lagi tidak berjaya di hangkut ke Bukit Jalil
tapi alhamdulillah dapt simpan sementara di rumah abah Bukit Rokan.

Rumah di kelicap 6 adalah rumah pertama saya dan suami tinggal bersama.
Banyak kenangan manis di sana xmiss jugak kenangan pahit. In shaa Allah
kalo ade rezeki nak juga beli rumah di sana. Hehe peluang memang sentiasa ada..
Rumah Lelong RM 72k dalam lorong yang sama tapi xpasti pula kondisi dalaman
dan hutangnye yang tersangkut.

Tapi kalo dilihat dari luar rumah masih elok. Ermmm.. Rasanye elok saya
bersabar dulu..sebab masih ade urusan di KL yg lebih penting.. Untuk
mereka yang ingin mencari rumah di Tampin dan berminat bolehlah jenguk2
rumah tu di Jalan Kelicap 6, Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan...

Sampai sini dulu..sy tinggalkan anda dengan sepotong ayat..

All our dreams can come true if we have the courage to pursue them..

Thursday 25 December 2014

Tips @ Petua Beli Rumah

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin kongsikan tips membeli rumah pertama berdasarkan pengalaman
yang saya lalui..

opppppsss sebelum saya bg tips..sy nak share satu buku yg akan mengubah persepsi
seseorang berkenaan kesan membeli rumah kepada financial. Buku Rich Dad Poor Dad
tulisan Robert T. Kiyosaki inilah yg telah membuka minda saya terhadap pembelian
rumah. Daripada seorang yg takut mempunyai hutang rumah yg membebankan kini
bertukar kepada seseorang yg pantang dengar penjualan rumah...alhamdulillah sykur
saya telah mula mengorak langkah...


Tips yg saya kongsikan ini lebih kepada pengalaman pertama membeli rumah.. Jom layan

1) Semak lokasi rumah yang akan dibeli

    Lokasi memang menjadi penyebab untuk seseorang membeli rumah. Sebab saya yakin
    sangat takkan ade orang yg sanggup beli rumah dalam kawsan hutan, sebelah perkuburan
    atau di tengah2 pulau.. So sebelum beli WAJIB melawat lokasi rumah. Perhatikan
    kemudahan yang wujud di kawasn rumah contoh akses@jalan keluar masuk dr rumah,
    Stn LRT, KTM, MRT, Bas, Teksi, kedai runcit@ 7 eleven, kedai makan, sekolah, klinik dll.

   Lokasi rumah yang dekat dengan tempat kerja juga akan menguntungkan pembeli.
   Sebab jimat duit minyak+tol+masa+tenaga+maintenance kereta dan mcm2 lagi.
   So tepuk dada tanya akal..hehe

2) Semak background pemaju perumahan
 
   Pemaju yang mempunyai rekod2 yang mabeles akan membuat kita lena tidur
   selepas membuat pembelian. Jangan main suka2 je beli rumah tapi ntah kontraktor
   mabuk mana yang siapkan rumah kita. Silap2 rumah pn xnampk mcm rumah.
   Untuk elak risiko pembelian semak latar belakang pemaju dan cuba daptkan rumah
   daripada pemaju yang dah establish contoh IJM Land, Mah Sing Group, UEM Builders,
   Sime Darby, SP Setia dll.

   setakat ini dulu sebab saya rs nk g bekpes dl ngan member.. tunggu tips seterusnya hehe..
 
   

Pembukaan SaadiahNiaga

assalamualaikum semua... alhamdulillah akhirnya saya berjaya membina SaadiahNiaga di penghujung tahun 2014. Terima kasih kepada En. Idham A. Rahman kerana membantu dalam pembukaan blog pertama saya ini.